Sunday, 23 February 2014

Maria von Trapp meninggal dunia

Maria Franziska
Maria Franziska

AHLI terakhir dari keluarga Von Trapp, Maria Franziska meninggal dunia pada usia 99 tahun di rumahnya di Vermont, hari ini.

Beliau yang merupakan anak kedua dalam tujuh beradik itu meninggal dunia akibat sakit tua.

Kisah keluarganya lari dari kediaman mereka di Austria untuk menghindari tentera Nazi pada 1930-an pernah dijadikan inspirasi untuk filem The Sound of Music pada 1965.

“Maria adalah wanita baik dan cantik. Beliau hidup dengan bahagia, kami terasa kehilangannya,” kata adiknya, Johannes von Trapp kepada AP.

Filem The Sound of Music pernah meraih anugerah Oscar yang mengisahkan seorang wanita Austria berkahwin dengan duda tujuh orang anak.

No comments:

Post a comment