Monday 4 November 2013

Kata kunci Google Search yang paling dicari bulan Oktober

Apa kata kunci Google Search yang paling dicari bulan Oktober?

Kata kunci 'Noreen Noor" berkaitan berita mengenai bintang terkenal era 80an Allahyarham Noreen Noor yang meninggal dunia pada 22 Oktober menduduki tangga teratas carian Google Malaysia pada bulan Oktober.

Google mengumumkan hasil keputusan Google Zeitgeist itu bagi membandingkan jumlah carian yang telah meningkat dari segi peratusan terbesar bagi bulan Oktober 2013 di www.google.com.my.

Tempat kedua milik kata kunci  "Southwest Airlines" selepas seorangmarshal penerbangan ditangkap mengambil gambar seksi penumpang wanita.

"BAJET 2014 / belanjawan " menduduki tempat ketiga selepas Bajet 2014 dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 25 Oktober.

"Wawa Zainal / Anak Wawa Zainal " menjadi topik hangat berikutan pengakuan pelakon itu bahawa dia melahirkan bayi hasil perkahwinan beliau bersama pelakon Aeril Zafrel pada 24 Ogos.

Filem Escape Plan menduduki tempat ke-5 selepas filem yang dibintangi Arnold Schwarzenegger ditayangkan di pawagam tempatan pada 10 Oktober.

Rowan Atkinson mengambil tempat ke-8 selepas khabar angin pelakon Mr Bean memeluk Islam tersebar di internet. Berita itu bagaimanapun terbukti tidak benar.

Sebuah filem Hollywood juga berada dalam carta menduduki tangga ke-9 apabila filem Gravity yang dibintangi George Clooney dan Sandra Bullock ditayangkan di pawagam Malaysia pada 3 Oktober.

Carian lain dalam carta 10 teratas termasuk "Takbir Raya" (6), "Little Little Legend" (7), "The Heirs" (10).

Astro Awani

No comments:

Post a Comment