Monday 4 November 2013

Shanghai bina hotel bawah tanah pertama di dunia

Shanghai bina hotel bawah tanah pertama di dunia

China bakal memiliki sebuah hotel mewah bawah tanah pertama di dunia dua tahun lagi.

Dengan anggaran kos 500 juta yuan, kerja-kerja pembinaan struktur hotel yang terletak di Shanghai itu dijangka siap sepenuhnya pada 2015.

Hotel berkenaan  dibina di sebuah jurang dikenali sebagai Tianma Shan di mana tiga tingkat bangunan hotel itu terletak di atas tanah dan 17 tingkat lagi di bawah tanah.

Hotel bertaraf lima bintang ini direka oleh Jochman Martin, yang merupakan seorang arkitek terbaik dalam pembinaan hotel.

Beliau menyediakan seni bina, struktur dan perkhidmatan kejuruteraan awam untuk hotel berkenaan.

Bagaimanapun tempoh tujuh tahun diambil bagi kerja-kerja perancangan pembinaan hotel ini, apatah lagi ia adalah hotel pertama seumpamanya di dunia.

Apabila siap kelak, hotel berkenaan akan menawarkan pelbagai tarikan antaranya kemudahan sukan lasak dan pusat pelawat.

Ia juga menyediakan pelbagai aktiviti bila siap nanti antaranya ialahbungee jumping dan aktiviti laut.

Hotel mewah ini akan turut dikelilingi  taman tema yang berkeluasan hampir 1,500 meter persegi.

Astro Awani

No comments:

Post a Comment