Monday 4 November 2013

Semak maklumat peribadi pengawal keselamatan


KUALA LUMPUR:  Kesemua 751 syarikat keselamatan berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menyemak maklumat peribadi pekerja bagi mengelak pemalsuan pengenalan diri.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran syarikat berkenaan akan menanggung implikasi buruk sekiranya gagal berbuat demikian.

Tegas beliau kdn tidak akan teragak-agak membatalkan lesen operasi syarikat keselamatan yang tidak mematuhi peraturan.

“Jadi jangan terlambat sebagaimana yang mereka lakukan di mana syarikat itu terpaksa dibatalkan lesennya dan ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pekerja-pekerja oleh sebab itu untuk menjaga kepentingan pekerja pastikan syarikat memantau dan menyemak dengan baik semua butiran dan maklumat-maklumat peribadi pegawai dan pekerja syarikat kawalan ini," kata Zahid.

Katanya mengikut undang-undang, KDN hanya mengizinkan warganegara Malaysia atau Nepal diambil  bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Menurut Ahmad Zahid, KDN telah menjalankan Ops ID secara besar-besaran di seluruh negara bermula 29 Oktober lepas.

Sebanyak 282 pengawal keselamatan telah diperiksa dan lima ditahan kerana menggunakan MyKad palsu dan milik orang lain.

Sementara itu dua daripada mereka dihadapkan ke mahkamah sepang dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara.

Ops ID dilancarkan ekoran seorang pegawai bank ditembak mati pengawal keselamatan yang menggunakan kad pengenalan palsu pada 23 okt lepas.


- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment