Monday 4 November 2013

Pemandu pelancong lemas ketika cuba menyelamatkan pelancong

Pemandu pelancong ditemui lemas
Mayat mangsa dibawa menyeberangi sungai sebelum dibawa ke Hospital Bentong oleh anggota penyelamat


BENTONG – Percutian hujung minggu 10 orang pelancong dari Singapura bertukar tragedi apabila pemandu pelancong mereka lemas dalam kejadian di pusat rekreasi Lata Hammer, Batu Tujuh dekat sini tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa yang merupakan pemandu pelancong, Kevin Tan Chew, 42, beralamat di Petaling Jaya membawa masuk kumpulan pelancong yang terdiri dari lima lelaki dan lima kanak-kanak itu pada awal pagi.

Katanya, semasa sampai di tempat kejadian, kebanyakan mereka mandi di kawasan itu.

“Kira-kira jam 12.30 tengah hari salah seorang dari mereka dipercayai lemas menyebabkan Kevin bertindak menyelamatkannya.

“Pelancong berusia 35 tahun itu berjaya diselamatkan namun Kevin akhirnya lemas,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari mangsa dijalankan kira-kira jam 1.00 petang.

Katanya, pada jam 2.45 petang mangsa berjaya ditemui serta dapat dikeluarkan dari tempat kejadian dan seterusnya dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat selesai kira-kira jam 5.30 petang,“ katanya.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment