Monday 4 November 2013

2 wartawan Perancis dibunuh di Mali

Dua wartawan Perancis dibunuh di Mali

MALI:  Dua wartawan radio Perancis telah dibunuh selepas diculik di selatan Mali pada Sabtu.

Claude Verlon dan Ghislaine Dupont dilapor dibawa lari selepas mereka baru selesai menemuramah seorang pemimpin politik, yang merupakan seorang ketua pemberontak.

Presiden Perancis menyifatkan pembunuhan itu sebagai amat kejam dan menjijikkan. Kematian mereka itu berlaku empat hari selepas Perancis meraikan pembebasan empat warganya yang ditahan  selama tiga tahun oleh kumpulan Al-Qaida di Utara Afrika.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan berkenaan. Biarpun siasatan sedang dijalankan, pihak berkuasa mensyaki pembunuhan itu didalangi kumpulan pemberontak Islam.

Dupont dan Verlon masing-masing dikatakan dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda oleh beberapa lelaki selepas selesai tugasan berkenaan. Mayat mereka kemudian dicampakkan di pinggir bandar menghala ke Tenessako, yang terletak di timur Kidal.

Wilayah utara Mali telah dijadikan pangkalan bagi rangkaian kumpulan Al-Qaida melatih anggota kumpulannya sejak tahun 2003 lagi.

Astro Awani

No comments:

Post a Comment