Wednesday 9 October 2013

Aeril Zafrel enggan jawab teka-teki perkahwinan rahsia

Walaupun diterjah wartawan, pelakon Aeril Zafrel enggan menjawab teka-teki perkahwinannya bersama Wawa Zainal.

Jelas Aeril dia bakal mengadakan sidang media khas pada Jumaat ini bagi meleraikan segala persoalan.

Aeril turut mendapatkan khidmat peguam  Zulhasmi Zakaria sebagai penasihatnya berhubung isu tersebut.

Pada Ahad lalu, akhbar tempatan menyiarkan laporan eksklusif kononnya Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25 tahun sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal, 22 tahun pada 4 Februari lalu secara rahsia.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Aeril dan Wawa merupakan bintang utama menerusi filem "99 Kali Rindu" yang ditayangkan pada 9 Mei lalu.- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment