Wednesday 9 October 2013

Pasaraya runtuh belum miliki Sijil Layak Menduduki

Pasaraya runtuh belum miliki Sijil Layak Menduduki

JITRA, KEDAH:  Bangunan  pasaraya yang runtuh secara tiba-tiba semalam di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah disahkan belum memiliki Sijil Layak Menduduki atau CF.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Air dan Tenaga Kedah, Badrul Hisham Hashim, pasaraya itu beroperasi lebih awal sebelum CF diluluskan dan syarikat terbabit kini dalam proses permohonan untuk mendapatkan CF.

Tambah Badrul, Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) menyedari akan hal itu dan dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik pasaraya tersebut.

Beliau berkata demikian kepada media semasa lawatan ke lokasi runtuhan.

Katanya, operasi perniagaan sememangnya tidak dibenarkan di kawasan itu kerana ianya merupakan kawasan perindustrian.

Justeru itu, MDKP telah mengambil tindakan tegas menyita bangunan pasaraya itu dan lebih 20 buah premis perniagaan lain yang beroperasi berhampiran.

Pasaraya terbabit runtuh pada 9.31 pagi Selasa, kira-kira 15 minit sebelum para pekerjanya memulakan tugas. -- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment