Wednesday 9 October 2013

Aeril, Wawa buat sidang media Jumaat

Aeril Zafrel
Aeril Zafrel



SEJAK Ahad lalu, semua mata dan telinga mula beralih kepada kontroversi perkahwinan rahsia dua pelakon yang mencipta nama dari syarikat pengurusan Metrowealth International Group (MIG).

Menurut sebuah akhbar mingguan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikatakan sudah berkahwin Februari lalu dan sudah menimang cahaya mata pada 24 Ogos lalu.

Masih lagi enggan memberikan kenyataan rasmi mengenai khabar tersebut, Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata dia akan mengadakan satu sidang media selepas solat Jumaat bagi mengungkai segala persoalan yang masih menjadi tanda tanya.

“Buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa. Semuanya akan dijawab dalam sidang media khas itu.

“Pada hari itu juga, Wawa akan hadir dan kami akan menjawab semua persoalan satu persatu yang selama ini menjadi tanda tanya anda semua,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem Cinta Mat Semprit di Taman Tasik Ampang Hilir, semalam.

Walaupun kisah perkahwinan rahsianya itu menjadi tumpuan utama sehingga diserbu dengan pelbagai soalan, Aeril yang ditemani pengurusnya, Shahriman Wahab dan peguamnya, Zulhasmi Zakaria dari Termizi & Co tetap kelihatan tenang dalam menjawab soalan.

Malah, ketika ditanya mengapa dia mengambil sikap berdiam diri dalam menangani isu tersebut, Aeril mempunyai jawapannya sendiri.

“Saya ada hak untuk berdiam diri, bersuara atau berahsia. Berdiam bukanlah bererti saya bersalah atau tidak benar. Saya juga tidak melarikan diri, tetapi saya hanya menangguhkan untuk memberi penjelasan sehingga sidang media itu nanti.

“Biarkanlah perkara itu dilakukan dengan serentak sekali gus agar semua perkara dapat diselesaikan,” jelasnya.


Cabar kemuka bukti!

Dalam pada itu, Aeril memberitahu, dia menggunakan khidmat peguam kerana isunya ini telah memberi impak yang besar terhadap dirinya.

Sementara itu, pengurusnya, Shariman Wahab mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti berkenaan pendedahan itu bolehlah membawanya pada hari sidang media khas itu berlangsung.

“Kepada mana-mana pihak berkenaan, saya cabar jika ada sebarang bukti, sila bawakan semasa sidang media tersebut.

“Siapa ‘mereka’ yang Aeril maksudkan sebelum ini akan terjawab juga pada Jumaat ini. Malah, sidang media khas itu nanti akan direkodkan untuk rujukan mahkamah,” akhirinya.


Sumber

No comments:

Post a Comment