Saturday 5 October 2013

Foto Nurul Depp Dukung Baby Z Di Hadapan Mertua



Walaupun masih terlalu awal untuk menunjukan rupa paras bayi lelaki yang baru dilahirkan penyanyi Nurul Depp sekitar jam 10 pagi semalam, namun dia yang ditemui portal murai.com.my sebentar tadi nampaknya tidak keberatan untuk merakamkan pose menarik bersama bayi yang hanya dikenali sebagai Baby Z itu.

Bukan dia seorang, malah wad hospital yang terletak di tengah-tengah bandaraya itu turut diceriakan dengan kehadiran kedua mertuanya yang datang jauh dari Perancis untuk meraikan cucu pertama mereka itu.

Nurul Depp berkata, semuanya berada dalam keadaan baik dan dia amat bersyukur kerana dia telah selamat menjalani proses bersalin secara normal dan suami tercinta Eric Depp yang berada ketika itu telah dapat mengazankan bayinya itu sendiri.

"Alhamdulillah semua berada dalam keadaan baik belaka. InsyaAllah kalau taka da masalah, menurut pihak hospital saya akan pulang ke rumah mulai esok.

"Saya bersyukur dengan doa peminat semua, bayi ini telah lahir dengan selamat. Malah saya juga cukup gembira kerana rakan terdekat telah datang melawat saya walaupun badan masih dalam keadaan lemah," katanya.

Portal murai.com.my juga perhatikan, Baby Z yang memiliki mata bewarna kelabu itu kelihatan cukup mesra dan tidak lokek senyuman apabila di sentuh atau didukung oleh sesiapa.

Antara selebriti yang telah datang melawat bagi meraikan hari bahagia berkenaan iaitu Ning Baizura, Daphne Iking, Noryn Aziz dan teman rapat penyanyi Tika Cinta itu.

Sementara itu Eric Depp berkata, tiada kata lain yang dapat diungkapkan selain perasaan syukur dengan kelahiran bayi sulungnya itu.

"Saya sedikitpun tidak rasa kekok atau takut apabila Nurul meminta saya menghantarnya ke hospital pada malam kelmarin kerana semuanya sudah siap untuk menerima kemunculan bayi ini.

"Bagaimanapun saya tak sangka, bayi ini telah lahir dalam jangkamasa yang singkat kerana sangkaan saya mungkin ianya akan mengambil sedikit masa," katanya dalam nada gembira.

Inilah dia pose menarik Nurul Depp yang sedang mendukung baby boy berkenaan sebagai tatapan istimewa kepada semua peminatnya.


Sumber: murai.com

No comments:

Post a Comment