Saturday 5 October 2013

Pelajar kolej ditemui mati di air terjun

KUANTAN - Seorang pelajar Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang mati lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di kawasan air terjun Sungai Emas dekat Sungai Lembing di sini, hari ini, 5 Oktober 2013.

Mayat Syed Amir Amirul Syed Razman, 18, ditemui oleh rakan-rakannya di air terjun itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata remaja lelaki itu berkunjung ke Air Terjun Sungai Emas itu bersama rakan-rakannya awal pagi ini untuk berkelah.

Pihak keluarga mangsa dan kolej berkenaan telah dimaklumkan berhubung kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat. - Bernama


Sumber

No comments:

Post a Comment