Tuesday 26 November 2013

Yasmin Hani akhirnya dedah wajah dan nama bayinya!

yasmin hani akhirnya dedah wajah dan nama bayinya

Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani akhirnya mendedahkan nama dan wajah penuh bayi sulungnya yang dilahirkan pada 12 November lalu.

Sebelum ini, Murai Batu lihat Hani hanya menggelarkan bayi lelaki sebagai baby N, malah wajah anaknya itu juga tidak didedahkan sepenuhnya. Tetapi semalam iaitu selepas 13 hari melahirkan bayinya itu, Hani telah memuat naik sekeping foto dalam laman sosialnya, Instagram memaparkan wajah penuh bayi itu dengan nama penuhnya iaitu Noah Ismail Wong.

Alhamdulillah, sejuk mata Murai Batu lihat wajah baby mereka yang sempurna dan sangat comel itu!

Untunglah Hani dan suaminya Sha`rin kerana kini hidup mereka lebih sempurna dengan kehadiran cahaya mata dalam rumahtangga mereka.

Murai Batu ingat Hani mahu mengikut jejak langkah penyanyi, Ning Baizura yang mengambil masa lebih 2 bulan untuk memperkenalkan bayi mereka, Itu pun mereka perkenalkan dalam satu sidang media khas yang diadakan.

Namun, sangkaan Murai Batu meleset, nampaknya Hani tak mahu membiarkan peminatnya menunggu lama untuk menatap wajah kesayangan hatinya itu. Yelah, pasangan ini juga pasti teruja untuk memperkenalkan wajah bayi yang menjadi lambang cinta mereka itu kan.

Apa-apa pun, Murai Batu ucapkan tahniah kepada pasangan ini supaya rumahtangga mereka lebih bahagia dengan kehadiran orang baru itu.


Sumber: Murai.com
KL, 25 NOV 2013

No comments:

Post a Comment