Tuesday 26 November 2013

Manchester United sekadar seri, Moyes kecewa

Moyes kecewa MU seri
Moyes tak percaya MU hanya mampu seri 2-2 berdepan Cardiff.


JUARA bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester United tidak berupaya mengutip tiga mata penuh selepas sekadar terikat 2-2 ketika menentang Cardiff City pada Ahad.

Keputusan tersebut seakan mengecewakan United yang ketika ini sedang berusaha untuk merapatkan jurang perbezaan mata dengan pendahulu liga, Arsenal.

“Saya kecewa kami gagal meraih tiga mata. Cardiff tampil dengan baik dan membuat kami berada dalam tekanan .

"Kami juga membiarkan tendangan yang dilakukan oleh Cardiff sehingga menjadi gol penyamaan buat kita,

"Jelas pemain tidak beraksi dengan baik dan itu sangat merugikan," kata pengendalinya, David Moyes.

The Red Devils kini menduduki tangga keenam dengan mengumpul 21 mata, satu mata di belakang City dan Southampton.

No comments:

Post a Comment