Tuesday 26 November 2013

Mayat OKU ditemui dalam keadaan ngeri

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noor Zainy Mohd Noor
Noor zainy


JERTIH - Seorang lelaki kurang siuman maut dalam keadaan mengerikan dipercayai dilanggar sebuah kenderaan berat ketika sedang berjalan kaki dalam kejadian langgar lari di Kampung Gong Nering, dekat Jertih, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang juga OKU, Mohd Khairul Hafiz Dzakaria, 27, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noor Zainy Mohd Noor berkata, mayat mangsa ditemui orang awam di tempat kejadian dalam keadaan mengerikan apabila beberapa organ badan terkeluar.

Menurutnya, mangsa dipercayai berjalan kaki di kawasan jalan raya tersebut dan dilanggar sebuah kenderaan yang tidak diketahui jenisnya.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang melanggar mangsa adalah sebuah lori berdasarkan mayat mangsa di lokasi dalam keadaan terlipat dan beberapa organ badan terkeluar.

“Tidak ada kesan brek dan komponen pecah di lokasi tersebut,” katanya.

Noor Zainy berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai langgar lari dan sesiapa yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Besut, Inspektor Mohd Faizal Deros atau Balai Polis Trafik Besut menerusi talian 09-6972700.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment