Tuesday 26 November 2013

Polis jejaki 18,000 pesalah trafik sekitar KK

KOTA KINABALU - Polis trafik di sini sedang mengesan kira-kira 18,000 pesalah trafik yang gagal menjelaskan saman dan mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah sejak tahun 1994 hingga November tahun ini.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kota Kinabalu DSP Peter Ambuas berkata polis akan mengesan pesalah trafik berkenaan sama ada melalui pemeriksaan di jalan raya atau mengunjungi rumah pesalah itu.

"Bagi mengurangkan jumlah waran tangkap ini, Ops Warta telah dijalankan di sekitar bandar raya ini untuk melaksanakan waran tangkap kepada pesalah lalu lintas berkenaan," katanya kepada pemberita semasa menjalankan Ops Warta di Teluk Likas di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan bergerak untuk mengesan pesalah trafik di rumah.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment