Tuesday 26 November 2013

Stadium berbentuk kemaluan: Kontroversi atau kebanggaan?


Reka bentuk baru yang dicadangkan untuk Stadium Al Wakrah bagi aksi Piala Dunia 2022 di Qatar telah mula mendapat perhatian orang ramai.


Tidak kira aksi ini akan berlangsung pada bulan Jun atau Januari, atau mungkin juga pada November atau Disember, Piala Dunia 2022 tetap akan diadakan di Qatar. Itu juga bermakna beberapa stadium baru perlu dibina untuk menampung perlawanan-perlawanan yang bakal berlangsung sepanjang aksi itu, dan nampak gaya, salah satu daripadanya akan kelihatan seperti kemaluan wanita.

Sebagai persediaan kepada Piala Dunia 2022 di Qatar, syarikat seni bina yang bertanggungjawab untuk reka bentuk Stadium Al Wakrah, AECOM, telah mengeluarkan animasi pendek bagi mempamerkan pelan masa depan mereka.

Dan ianya tidak dapat dinafikan bahawa stadium tersebut mempunyai banyak persamaan dengan kemaluan seorang wanita.

Bagaimanapun, AECOM, menegaskan bahawa stadium itu diilhamkan oleh "bot dhow yang digunakan oleh para nelayan dan penyelam mutiara tempatan sejak turun temurun".

Penulis wanita daripada surat khabar tersohor Britain, The Guardian, percaya bahawa ia sesuatu yang patut dibanggakan oleh pihak wanita.

"Persamaan stadium di Qatar itu dengan kemaluan seorang wanita mungkin tidak disengajakan, tetapi saya amat memuji tindakan mereka. Ia bebas daripada kongkongan tradisi terhadap pihak wanita", kata Holly Baxter.

Nampaknya negara Qatar sudah sedia menjadi kurang konservatif.


Sumber: Stadium Astro

No comments:

Post a Comment