Saturday, 19 October 2013

The Red Warriors tewaskan ATM 2-1

TRW
Separuh akhir pertama milik TRW


JUARA Piala Sumbangsih 2013, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdepan tugas berat selepas tewas 1-2 semasa melayan kunjungan Kelantan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 di Stadium Selayang malam tadi.

Walaupun beraksi atas padang becak, namun tidak menganggu rentak permainan kedua-dua pasukan dengan percubaan pertama pertahanan ATM, Fitri Omar pada minit-13 tersasar.

Juara Piala FA 2013 itu terlebih dulu mendahului tuan rumah hasil jaringan Kapten, Badri Radzi yang menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun pada minit ke-15.

Gol pendahulaan pelawat nyata menyentap semangat anak buah B Sathianathan yang kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain tengah, Christie Jayaselan pada minit ke-19 menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Aksi babak kedua bersambung menyaksikan penguasaan anak buah Bojan Hodak dengan dereten peluang dimiliki gergasi Pantai Timur itu tetapi gagal menembusi gawang dikawal rapi Farizal.

Kelantan berpeluang kembali mendahului tuan rumah namun percubaan pemain tengah pelawat, Nor Farhan Muhammad pada minit ke-57 diselamatkan sekali lagi Farizal.

Namun gawang ATM akhirnya bolos apabila Nor Farhan sekali lagi menjadi duri dalam daging tuan rumah hasil jaringan minit ke-79 untuk kedudukan kekal 2-1.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment