Saturday 19 October 2013

Katie teman wanita baru George Clooney?


Dah temui cinta baru rupanya janda bergetah Tom Cruise ini. Baru-baru ini dilaporkan Katie Holmes dilihat sangat mesra bersama pelakon beruban paling seksi di dunia, George Clooney.
Ura-ura mula timbul apabila Katie digambarkan munculkan diri semasa pelancaran filem baru George, Gravity awal bulan ini.
Katie, 34 tahun, mengenali George, 52 tahun, menerusi bekas suami beliau dan sememangnya sudah lama kenal dan rapat dengan George. Menurut majalah Grazie, George mula rapat dengan ibu tunggal seksi itu setelah berpisah dengan teman wanita, Stacy Keibler.
Mereka juga dikatakan sering menghabiskan masa makan malam bersama.
Sekali pandang, Katie miliki ciri-ciri seorang wanita yang berjaya menggoda George Clooney, tinggi cukup, wajah cantik, dan badan menarik. Apa-apapun, kita tunggu dan lihat. Mungkin citarasa George sudah berubah.

Sumber

No comments:

Post a Comment