Friday 8 May 2015

Isteri duta Malaysia ke Pakistan maut dalam nahas helikopter

Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud, adalah antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki terhempas ke atas sebuah sekolah di utara Pakistan. -AFP

KUALA LUMPUR: Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud, adalah antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki terhempas ke atas sebuah sekolah di utara Pakistan.

Dilaporkan tiada murid di dalam sekolah berkenaan ketika kejadian kerana ia ditutup.

Menurut laporan rasmi pihak berkuasa tentera, turut sama berada di dalam helikopter berkenaan adalah isteri duta Indonesia, duta Norway Leid H.Larsen, Duta Filipina D. Lucenario Jr dan dua orang juruterbang tentera.

Nahas turut disahkan oleh jurucakap Tentera Pakistan Asim Bajwa menerusi laman Twitternya.

Helikopter jenis MI-11 itu membawa 11 tetamu kehormat asing dan enam warga Pakistan.

Menurut saksi, helikopter berkenaan merempuh bangunan sekolah ketika melakukan pendaratan cemas. Bagaimanapun, punca nahas masih belum diketahui.

Wisma Putra yang dihubungi Astro AWANI memaklumkan pihaknya masih cuba mendapatkan pengesahan.

Habibah, yang merupakan isteri kepada Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, diberitakan menyertai konvoi tiga helikopter yang membawa delegasi diplomat asing dan bantuan ke Gilgit, Pakistan di wilayah bergolak Kashmir.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment