Friday 8 May 2015

Hukuman penjara Salman Khan ditangguh sementara menunggu rayuan

Hukuman penjara lima tahun ke atas Salman Khan (gambar) ditangguhkan sementara menunggu rayuan. -Gambar fail

NEW DEHLI: Mahkamah Tinggi Mumbai menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun ke atas pelakon filem Bollywood Salman Khan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu berkaitan kes langgar lari pada 2002 sementara menunggu rayuannya.

Memetik laporan Bernama, Hakim Abhay Thipsay memutuskan bahawa merit rayuan akan didengar pada Julai selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembela mengenai ikat jamin interim bagi Salman yang berakhir hari ini.

Abhay memerintahkan Salman yang tidak hadir di mahkamah hari ini, supaya menyerah diri di mahkamah dan mengemukakan ikat jamin 30,000 rupees (kira-kira RM1,800)

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pembela untuk membenarkan Salman membuat perjalanan ke luar negara.

Salman telah dikenakan ikat jamin sejak 2002 dan ikat jamin sementara selama dua hari pula berakhir hari ini.

Sejurus selepas keputusan mahkamah diketahui, sorakan kuat kedengaran berhampiran apartmen mewah pelakon itu oleh beribu-ribu peminat tegar pelakon itu yang berkumpul di situ sejak Rabu malam.

Pada Rabu, Mahkamah Sesyen memutuskan pelakon berusia 49 tahun itu bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Salman dan denda 25,000 rupee (kira-kira RM1,500).

Salman disabitkan kesalahan melanggar kedai roti di tepi jalan semasa memandu kenderaan Toyota Land Cruiser pada 28 Sept 2002, menyebabkan kematian seorang dan mencederakan empat orang gelandangan yang sedang tidur di kaki lima jalan.

Dalam perkembangan berkaitan, netizen melahirkan rasa kecewa mereka terhadap sistem kehakiman negara India melalui hashtag #SalmanBailorJail di Twitter.

lost new born faith in Indian judiciary...in less than 48 hrs #SalmanBailOrJail— Yash Agrawal (@yash_sa) May 8, 2015

Salman disabitkan kesalahan melanggar kedai roti di tepi jalan semasa memandu kenderaan Toyota Land Cruiser pada 28 Sept 2002, menyebabkan kematian seorang dan mencederakan empat orang gelandangan yang sedang tidur di kaki lima jalan.

- Source: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment