Friday 23 January 2015

Empat maut apabila kereta diburu JPJ berlanggar sebuah Kancil

Kejadian yang berlaku pada jam 4:15 petang tadi telah menyebabkan dua mangsa tercampak keluar manakala dua lagi tersepit di dalam kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mangsa

MELAKA: Empat wanita maut ketika sebuah kereta jenis Proton Perdana yang diburu pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berlanggar dengan kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka, sekitar jam 4:15 petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim berkata kereta Perdana yang dikejar JPJ dari arah Merlimau itu telah memecut laju sehingga ke jalan Bukit Gereja Umbai.

Ia kemudiannya memasuki arah bertentangan jalan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil tersebut sehingga menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.

Pihak bomba dari Merlimau dan Bukit Katil berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit setengah jam kemudian.

Keempat-empat mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Manakala, sebuah lagi kereta jenis Proton Preve yang berada di belakang Kancil tersebut sempat mengelak dari dirempuh kereta Perdana yang ketika itu dipandu seorang lelaki.


Keadaan kereta Kancil yang dirempuh kereta Perdana yang diburu JPJ


Lelaki berkenaan cedera di mukanya dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang berada di dalam kereta Preve hanya mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Jasin untuk tindakan lanjut. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment