Friday 23 January 2015

Pemancing hilang ditemui lemas

KEMAMAN - Seorang lelaki yang dilapor hilang Rabu lalu selepas memancing di Sungai Cherul, Kampung Ban Hoe di sini ditemui lemas pagi tadi.

Mayat Rimedan Seman, 25, dijumpai anggota pasukan bomba dan penyelamat kira-kira pukul 7.50 pagi, lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan hanyut.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, Ismail Mat Hassan berkata mayat mangsa telah diserah kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Sementara itu di Dungun, seorang tukang sapu di sebuah institut memandu maut apabila motosikalnya dirempuh kenderaan lain di Jalan Teluk Gadong berhampiran Kelab Golf Dungun tengah malam tadi.

Ibu kepada lima orang anak Norliza Ba'i, 44, dari Kuala Abang dipercayai dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pemuda berumur 22 tahun. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment