Friday 23 January 2015

Paris Hilton tiba di Malaysia buat pertama kali

Paris Hilton ke Malaysia untuk konsert #PartyofTheCentury

Sosialit terkenal Amerika Syarikat Paris Hilton tiba di Malaysia dan dijangka akan mengadakan persembahan di Empire City, Damansara Perdana, malam ini.

Pada Khamis, Paris memuatnaik fotonya di laman Instagram ketika berada di dalam pesawat sebelum berlepas ke ibu negara dan meluahkan rasa terujanya untuk ke sini.

Paris turut dilihat berkongsi gambar ketika sesi latihan dan uji suara sebelum konsert bermula malam ini.

“Selamat tinggal Dubai! Berlepas ke Kuala Lumpur! Tak sabar untuk ke Malaysia buat pertama kali!

“Tak sabar untuk membuat persembahan di konsert #PartyofTheCentury @EmpireCity Jumaat ini di Kuala Lumpur,” kata Paris dalam Instagramnya.

Konsert eksklusif #PartyofTheCentury ini turut akan disertai kumpulan pop Korea, 2AM, Taboo dari kumpulan Black Eyed Peas dan penyanyi dari Australia, Mark Vincent.

Konsert yang bertemakan tahun 1920an akan bermula sekitar jam 7 petang dengan acara karpet merah bagi meraikan ketibaan selebriti terkenal.





- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment