Friday 23 January 2015

Real Madrid kelab bola sepak terkaya di dunia

Real Madrid kekal kelab bola sepak terkaya di dunia

Real Madrid kekal kelab bola sepak terkaya buat tahun kesepuluh berturut-turut, menurut laporan yang dikeluarkan Deloitte, Football Money League.

Sementara itu, Manchester United melonjak dari tempat keempat untuk menduduki tangga kedua berdasarkan pendapatan musim 2013-2014.

Ia diikuti kelab Jerman, Bayern Munich, seteru utama Real, Barcelona dan Paris Saint-Germain dari Perancis.

Peningkatan hasil pendapatan menerusi nilai komersil dan penyiaran antara faktor lonjakkan United ke tempat kedua.

Walaupun berdepan musim yang tidak menentu, hasil pendapatan United meningkat kepada AS$599.4 juta pada musim 2013-2014 berbanding AS$424 juta musim sebelumnya, dengan hasil komersial meningkat 24% dan pendapatan hak penyiaran meningkat 34%.

Real Madrid yang menjuarai Liga Juara-juara Eropah buat kali kesepuluh musim lalu menyaksikan pulangan hasil sebanyak AS$639 juta.

Empat kelab England yang lain, Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Liverpool terus tersenarai dalam sepuluh kelab terkaya bagi musim 2013-2014. 

- Sumber: Reuters

No comments:

Post a Comment