Wednesday 14 January 2015

Bangkai badan utama pesawat AirAsia QZ8501 ditemui hari ini

  • Bangkai pesawat yang tertera slogan AirAsia "Now everyone can fly". - Foto Ihsan Facebook Menteri Pertahanan Singapura
  • Bangkai pesawat yang tertera slogan AirAsia "Now everyone can fly". - Foto Ihsan Facebook Menteri Pertahanan Singapura

SINGAPURA - Lokasi dan bangkai badan utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas Disember lalu berjaya ditemui di Laut Jawa, Indonesia hari ini.

Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen memuat naik beberapa keping gambar bangkai pesawat tersebut yang berjaya ditemui oleh robot mencari Singapura di laman Facebook rasmi beliau.

Eng Hen berkata, perkataan di sebelah atas bangkai terbabit adalah sah milik pesawat AirAsia QZ8501

"Penyelamat MV Swift berjaya mengenalpasti lokasi bangkai pesawat tersebut dan pihak Singapura sudahpun memaklumkan kepada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia untuk tindakan seterusnya", katanya.

Katanya lagi, gambar yang diambil oleh kenderaan operasi jarak jauh itu menunjukkan sebahagian sayap dan perkataan pada bangkai tersebut berpadanan dengan pesawat AirAsia.

"Slogan AirAsia "Now everyone can fly" dapat dilihat dengan jelas melalui gambar tersebut," katanya.

Memetik laporan BBC, penemuan bangkai terbabit dilihat penting kerana masih banyak mayat penumpang dan krew dipercayai masih terperangkap di bahagian pesawat utama terbabit.

Pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 hilang daripada imbasan radar pada 28 Disember semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment