Wednesday 14 January 2015

Banjir kilat di Sandakan

Sebanyak 12 orang daripada tiga keluarga dipindahkan selepas rumah mereka dilanda banjir kilat di simpang Rancangan Sungai Manila Batu 12. -Gambar fail

SANDAKAN: Sebanyak 12 orang daripada tiga keluarga dipindahkan selepas rumah mereka dilanda banjir kilat di simpang Rancangan Sungai Manila Batu 12, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata mangsa yang berpindah ke rumah saudara masing-masing pada 8.15 pagi itu terdiri daripada lima dewasa, empat warga emas, dua kanak-kanak dan seorang bayi.

Pemantauan terus dilakukan di beberapa kawasan di daerah ini yang dinaiki banjir kilat khususnya, jika memerlukan operasi pemindahan mangsa, katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya banjir kilat turut menyebabkan beberapa jalan tidak boleh dilalui kenderaan antaranya Jalan Sim-Sim, Jalan BDC di Batu Satu, Jalan Sepilok di Batu 14 dan Jalan Gum-Gum di Batu 16.

Dalam pada itu, Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo di Sepilok ditutup hari ini berikutan kawasan sekitar pusat berkenaan dilanda banjir kilat.

Ketua Pegawai Eksekutif pusat itu Wong Siew Te berkata sekiranya air banjir surut hari ini, pusat berkenaan akan dibuka semula esok.

- Sumber: Bernama 

No comments:

Post a Comment