Saturday, 18 July 2015

Bot Karam: Operasi mencari disambung Ahad

Operasi pada Sabtu terpaksa dihentikan pada jam 5 petang tadi akibat ombak tinggi dan angin kencang. - Gambar Fail

TANJONG KARANG: Pasukan bomba dan beberapa agensi penyelamat lain kini sedang berusaha mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang, N. Ravi Shanker, 25 tahun, susulan insiden bot karam di Tanjong Karang yang meragut enam nyawa.

Bagaimanapun, operasi pada Sabtu terpaksa dihentikan pada jam 5 petang tadi dan akan disambung pagi esok akibat ombak setinggi dua meter dan angin kencang.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, bot yang dinaiki 14 orang yang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada pukul 3 petang bagi melakukan upacara keagamaan Hindu.


Dua jam kemudian ia dilapor karam ketika dalam perjalanan pulang.

Tujuh orang berjaya diselamatkan nelayan tempatan. 

- Sumber: Astro Awani | Julai 18, 2015

No comments:

Post a Comment