Saturday 18 July 2015

Hotel mewah menyediakan ‘bilik menangis’


TOKYO - JEPUN. Sebuah hotel mewah di Jepun telah menawarkan perkhidmatan yang unik, apabila menyediakan ‘bilik menangis’ khas untuk wanita menenangkan jiwa ketika sedang berduka.

Memiliki lapan buah bilik Moderate Single Rooms yang dijadikan bilik tangis, Hotel Mitsui Garden Yotsuya di Tokyo itu turut menyediakan keistimewaan lain.

Antaranya, alatan untuk menanggalkan solekan yang dibuat khas untuk memberi rasa segar dan nyaman kepada si pemakai, serta tisu berkualiti tinggi sehalus bulu biri-biri Kashmir.

Keperluan ini disediakan bertujuan mengurangkan bengkak pada wajah.

Selain itu, topeng wap mata juga turut diberikan untuk menenangkan emosi dan meredakan fikiran sepanjang melepaskan perasaan di bilik tersebut.

Menurut Pegawai Perkhidmatan Awam, hotel itu, Yohei Ezato berkata. tujuan bilik itu diwujudkan ekoran penunjuk trend wanita Jepun yang dikhabarkan makin tertekan dalam kehidupan mereka walaupun ramai di kalangan mereka yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam hidup.

“Oleh itu dengan adanya bilik ini mereka boleh tenangkan diri, tanpa diketahui oleh orang lain, mereka boleh ‘bebaskan’ perasaan mereka tanpa malu dan segan,” katanya memetik laporan The Daily telegraph.

Bilik itu yang dilancarkan pada Mei tahun ini telah menerima sebanyak 16 tempahan.

Bilik menangis ini boleh ditempah dengan harga 10,000 yen atau RM300 semalam bagi tawaran promosi sehingga 31 Ogos ini.

- Sumber: the Daily Telegraph 

No comments:

Post a Comment