Saturday 18 July 2015

Reaksi Siti Nurhaliza terhadap kenyataan Sheila Majid



Siti dalam reaksinya berkata 'firasat' dan kebimbangan yang dizahirkan oleh Sheila itu, ada pro dan kontranya. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Khalayak di Malaysia tidak meletakkan penghormatan yang sewajarnya kepada seni muzik dan penggiatnya sekali gus dikhuatiri akan menoktahkan hayat industri tersebut di negara ini.

Itu adalah petikan kenyataan, penyanyi yang sudah 30 tahun di dalam industri seni, Datuk Sheila Majid ketika dihubungi Astro AWANI baru -baru ini.

Sheila berkata khalayak sentiasa mengharapkan seseorang artis menghasilkan karya terbaik tetapi mereka tidak mahu membayar harga yang setimpal.

Perkara tersebut, katanya, membuatkan pelaburan penggiat seni hilang dan tidak berbaloi.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, dalam reaksinya berkata 'firasat' dan kebimbangan yang dizahirkan oleh Sheila itu, ada pro dan kontranya.



- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment