Friday 26 June 2015

Tun M: Ingatkan 'selfie', rupanya video

Video Dr Mahathir dan cucunya yang menjadi viral.

VIDEO yang dimuatnaik oleh cucu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke laman sosial mengujakan ramai pengikut setia ikon negara itu. 

Lucunya, dalam video itu, Dr Mahathir menyangkakan cucunya hendak mengambil selfie dengannya sudah tersenyum lebar, namun 'malu-malu' apabila dikatakan aksi mereka itu sebenarnya sedang dirakam. 

"Oh video, saya ingatkan ambil foto," kata Dr Mahathir kepada cucunya kemudian membuat mimik muka comel pada lensa kamera. 

Video berdurasi 10 saat itu yang dikongsi di media sosial sejak semalam itu sudah dikongsi lebih 900 pelayar dan ditonton lebih 100,000 ketika berita ini ditulis.

Dr Mahathir berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan. 

Dr Mahathir juga mempunyai tiga orang anak angkat.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment