Friday, 26 June 2015

Saya serah kes kepada polis - Tasha Shilla

TASHA Shilla

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama berdiam diri, akhirnya Tasha Shilla ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran AirAsia di Hotel Hilton untuk menjelaskan mengenai isu penyebaran gambar separuh bogel yang didakwa miripnya.

"Saya sudah serahkan hal ini kepada pihak polis dan peguam saya. Laporan polis sudah dibuat pada 9 Jun lalu dan selebihnya di balai polis mana dan jam berapa tak perlu saya dedahkan.

"Saya banyak mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak berkongsi mengenai hal ini kerana bimbang kenyataan dimanipulasi pihak tertentu.

"Peguam saya juga menyuruh merakamkan kenyataan yang diberikan oleh sesetengah pihak. Takut yang dicakap lain yang ditulis lain," katanya

Tasha memilih untuk tidak mendedahkan terperinci apa yang dilaporkan dan dilalui. baginya doa menjadi senjata terkuat untuk meneruskan kehidupan mendatang.

"Pastinya saya kecewa dengan mereka yang cuba menjatuhkan maruah saya. Ini bukan kali pertama saya terpalit kes yang boleh dikelaskan sebagai jenayah.

"Tapi biarlah susah senang saya tanggung sendiri. Soal sama ada saya disabotaj atau tak, saya sendiri pun tak tahu. Saya tak mati dek keji tak hidup dek puji.

"Apa terjadi ini buat saya kuat. Ini ujian untuk saya. Saya terima dengan penuh reda dan berserah. Keluarga juga sangat menyokong dan berada di belakang. Seperti saya keluarga juga kecewa," katanya.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment