Friday 26 June 2015

SPRM didakwa 'ganggu' tugas polis


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat satu laporan polis selepas dikatakan mengganggu tugas polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob berkata, kejadian berkenaan berpunca apabila SPRM Selangor menghantar pegawainya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kelmarin selepas terdapat aduan bahawa satu serahan wang rasuah akan dilakukan di premis tersebut.

“Sebaik tiba, pegawai SPRM telah menahan seorang pegawai polis IPD Sepang. Tindakan ini telah menyebabkan salah faham antara pegawai polis dan pegawai SPRM.

“Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, pegawai SPRM telah diarah supaya meninggalkan IPD Sepang dan satu laporan polis juga telah dibuat semalam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pengurusan SPRM telah mengadakan perbincangan dengan Pengurusan Polis Diraja Malaysia berhubung isu ini.

Sebagai suruhanjaya pencegahan rasuah, SPRM menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan profesional.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment