Friday, 26 June 2015

G18 mungkin ganti Pakatan Rakyat

Hanipa Maidin

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin tidak menolak kemungkinan rakyat masih menaruh harapan tinggi terhadap gabungan parti politik pembangkang baharu bagi menggantikan PR yang sudah berkubur.

Beliau berkata, walaupun PR sudah berkubur, namun rakyat masih memerlukan pakatan pembangkang itu dan parti yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan progresif 18 (G18) bakal meneruskan agenda untuk menjatuhkan Umno-BN pada PRU14 nanti. 

“Saya rasa rakyat masih perlukan PR, bila PR tidak berfungsi atau tidak wujud, sudah tentulah rakyat menunggu satu pakatan baru sama ada PR atau apa saja.

“Rakyat yang tidak suka kepada BN, mereka sedar dan tahu bahawa satu-satu cara untuk menjatuhkan BN mestilah ada pakatan parti-parti politik. Mereka yang sebelum ini telah beri harapan kepada PR, bila PR berkecai, mereka mengharap pakatan baru,” katanya kepada Sinar Online, semalam. 

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengumumkan Pakatan 2.0 bakal muncul bagi menggantikan PR yang sudah tidak wujud lagi. 

Penubuhan Pakatan 2.0 itu dibayangkan Teresa Kok menerusi status di laman sosial Facebooknya pada 23 Jun lalu.

Pendedahan itu menguatkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu yang membayangkan pakatan pembangkang akan muncul semula dengan kerjasama yang lebih kuat dan kukuh termasuk dengan penglibatan beberapa NGO.

Ketika ditanya mengenai kemunculan parti baharu itu bakal menggantikan Pas dalam PR, beliau bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk membuat penilaian dan pihaknya mahu fokus kepada memperkenalkan politik baharu dalam Malaysia.

“Belum ada apa-apa keputusan lagi, cuma permintaan dari bawah, jadi kita kena pertimbangkan permintaan dari bawah itu.

“Saya rasa buat sementara waktu ini, kita tiada satu keputusan, jika Pasma nak buat parti baharu, itu hak mereka, kita kena raikan,” katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a comment