Thursday 4 June 2015

'Saya bukan jenis yang suka maki orang, marah tak tentu hala' - Zul Ariffin

Pelakon Zul Ariffin menafikan spekulasi mengatakan dia telah memarahi seorang peminat yang mahu bergambar bersamanya.

Pelakon Zul Ariffin menafikan spekulasi mengatakan dia telah memarahi seorang peminat yang mahu bergambar bersamanya.

Menurut Zul, tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana dia bukanlah memarahi individu tersebut sebaliknya hanya bercakap dengan nada yang tegas.

“Saya tak marah, cuma hanya bercakap dengan tegas kerana waktu itu saya bersama keluarga dan saya mohon individu tersebut untuk bersabar.

“Saya faham dia ingin mengambil gambar bersama, saya hanya minta bersabar kerana nak letak beg saya dan juga ibu saya di atas kerusi itu sahaja.

“Saya boleh tahan jika ada orang biadap terhadap saya tetapi bukan dengan ahli keluarga saya. Sebagai selebriti saya memang akan berhadapan dengan situasi seperti itu.

“Tetapi bila sampai tahap berkasar dengan ahli keluarga kita, saya rasa itu sudah keterlaluan.” katanya.

Zul ditemui Astro Gempak di sidang media kempen kosong-kosong 'Ramadhan Astro' di JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Ditanya adakah selepas ini dia akan berasa tidak selesa apabila peminat ingin bergambar bersama, Zul mengatakan perkara itu tidak memberikan kesan terhadap dirinya.

“Tak ada apa, insiden itu hanya berlaku pada waktu yang salah. Saya bukan jenis yang suka maki orang atau pun marah tak tentu hala.

“Saya bukan nak salahkan sesiapa tapi tindakan mereka pada waktu itu memang salah. Bila kita cakap dengan lembut orang tak mahu dengar jadi terpaksalah bertegas.

“Selepas pada insiden itu, saya keluar rumah seperti biasa dan saya rasa ia tidak memberikan kesan kepada saya.

“Saya lagi suka jika ada orang yang ingin bergambar bersama kerana saya rasa kerja sebagai pelakon dihargai.” katanya tersenyum.

- Sumber: Astro Genpak 

No comments:

Post a Comment