Thursday 4 June 2015

Pulak?? Pengusaha kantin dipecat kerana memberi makanan percuma kepada pelajar



Seorang pengusaha kantin di sekolah rendah telah dipecat kerana memberi makanan tengah hari secara percuma untuk beberapa pelajar yang lapar dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Gambar hiasan 

KUALA LUMPUR: Seorang pengusaha kantin di sebuah sekolah rendah di Amerika Syarikat telah dipecat kerana memberi makanan tengah hari secara percuma untuk beberapa pelajar yang lapar dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

Memetik laporan Metro.UK, ibu kepada dua anak, Della Curry yang kehilangan pekerjaaan di Sekolah Rendah Lembah Dakota di Aurora, Denver berkata walaupun dia dipecat, dia akan terus melakukan perkara itu selagi dia termampu.

Menurutnya, pada ketika itu, seorang murid darjah satu menangis dalam kelaparan sambil menyatakan bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan. 

Atas sifat perikemanusiaan, wanita tersebut kemudiannya memberi makanan percuma kepada pelajar tersebut. 

Bagaimanapun, sejurus selepas kejadian itu, pihak sekolah berkenaan memecat Della serta merta. 

Difahamkan, pelajar yang terlupa untuk membawa makanan tengah hari ataupun yang tidak mampu untuk membeli makanan akan diberi roti burger dengan sekeping keju diatasnya.

Wanita itu kemudiannya mengatakan bahawa makanan itu sebenarnya tidak cukup untuk pelajar dan sistem tersebut perlu diubah.

Manakala, menurut seorang jurucakap pejabat daerah sekolah, Cherry Creek dalam satu kenyataan, “Tidak ada sebarang undang - undangyang menyatakan bahawa pihak sekolah harus memberi makanan percuma kepada pelajar yang terlupa untuk membawa wang makan.

'Mengikut amalan kami, kami akan menyediakan makanan panas kepada pelajar untuk tiga kali pertama mereka mereka lupa untuk membawa wang makan dan kemudian mengenakan caj tersebut dalam akaun ibu bapa mereka.

“Hanya pada kali keempat, kami akan memberi roti burger bersama segelas susu,” kata Cherry.

'Daerah ini telah berusaha untuk mengekalkan harga rendah untuk makanan tengah hari dan masih memenuhi keperluan nutrisi persekutuan.

Dalam perkembangan sama, para netizen melahirkan pandangan mereka berkenaan isu tersebut di laman media sosial.

Kebanyakan mereka memberi sokongan kepada Della Curry atas sikap perikemanusiaannya dan membidas tindakan Sekolah Rendah tersebut.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment