Thursday 4 June 2015

Kartun Family Guy pernah 'ramal' Bruce Jenner tukar jantina

Transisi Bruce Jenner kepada Caitlyn Jenner pernah diramalkan siri televisyen popular, Family Guy beberapa tahun dahulu.

KUALA LUMPUR: Berita perubahan jantina Bruce Jenner menjadi Caitlyn Jenner sememangnya mencuri tumpuan dunia.

Personaliti televisyen dan bekas pemenang pingat emas dekatlon Sukan Olimpik 1976 ini menjadi topik trending di seluruh dunia selama dua hari di laman Twitter.

Namun ada yang berpendapat transisi itu sebenarnya pernah diramalkan oleh siri televisyen popular Family Guy beberapa tahun dahulu.

Ramalan itu dibuat dalam salah sebuah episod Family Guy yang disiarkan sekitar tahun 2009.

Karekter Stewie dan Brian sedang menghadiri sebuah majlis. Stewie kemudiannya menyatakan bahawa Bruce Jenner sebenarnya adalah seorang perempuan setelah melihat anaknya Brody Jenner.

Meskipun siri televisyen yang diilhamkan oleh Seth Macfarlane itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai satu gurauan namun ia sememangnya menjadi kenyataan.

Sedutan dari episod itu dimuat naik di laman YouTube pada 3 Jun lalu dan memperoleh lebih 2.1 juta tontonan dalam masa sehari.

Komen-komen pengguna menyatakan khabar angin mengenai perubahan itu sebenarnya sudah lama berlarutan di Hollywood, sejak dahulu lagi.













- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment