Monday, 22 June 2015

Guru Penolong Kanan arah murid bukan Islam minum air kencing sendiri?

Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah, didakwa mengarahkan pelajar bukan Islam di sekolah itu, untuk meminum air kencing mereka sendiri.

KUALA LUMPUR: Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah, didakwa mengarahkan pelajar bukan Islam di sekolah itu, untuk meminum air kencing mereka sendiri.

Berita itu mula tersebar di laman media sosial melalui sepucuk surat yang ditulis oleh ibu-bapa murid-murid bukan Islam kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Menurut surat itu, murid-murid bukan Islam diarah untuk minum air di tandas dan melarang mereka minum di dalam kelas sempena bulan Ramadan.


Surat itu turut mengatakan, sekiranya pelajar tidak mempunyai air, malah mereka perlu minum air paip atau air kencing sendiri.

"Adalah juga jelas beliau sebagai seorang guru tidak menghormati perasaan pelajar-pelajar, guru-guru, dan waris-waris bukan Islam," kata surat itu.

Surat itu juga mendakwa guru berkenaan berkata demikian di dalam ucapannya ketika perhimpunan pada 21 Jun. Ekoran itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah diarah untuk menyiasat insiden terbabit.

“Kami kini sedang menunggu keputusan.

“Walau bagaimanapun, di peringkat dasar, jika dakwaan ini benar, ia pastinya bukan dasar Kementerian.

"Juga jika didapati benar mereka yang bertanggungjawab akan ditangani secara serius kerana melanggar polisi Kementerian,” katanya dalam satu kenyataan dalam laman Facebooknya.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment