Monday 22 June 2015

Bila Taylor Swift bersuara, Apple Music tunduk

Taylor Swift berkata tidak adil untuk para pemuzik tidak menerima sebarang bayaran ketika tempoh percubaan Apple Music. -Gambar: EPA

Apple Inc. telah mengubah polisi yang sebelum ini bertindak untuk tidak membayar duit royalti kepada pemuzik dalam tempoh percubaan tiga bulan untuk perkhidmatan Apple Music.

Ini setelah beberapa bantahan daripada label ‘indie’ dan juga penyanyi terkenal Taylor Swift yang tidak membenarkan album terbaharu beliau ‘1989’ dari perkhidmatan ‘music streaming’ itu.

Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden Kanan Perisian dan Perkhidmatan Internet Apple Eddy Cue menerusi beberapa tweet.

Beliau berkata Apple Music akan membayar artis untuk penggunaan Apple Music, termasuk ketika tempoh percubaan.

Beliau turut membalas kepada Taylor Swift, yang sebelum ini menulis di akaun rasmi Tumblr beliau dalam blog entri bertajuk 'To Apple, Love Taylor'. 

Dalam blog entri tersebut, Swift berkata beliau hormati syarikat Apple Inc atas kerjasama yang terjalin sebelum ini.

Namun beliau meluahkan ketidakpuasan hati apabila Apple Music tidak akan membayar pemuzik, penulis lirik dan penyanyi ketika tempoh percubaan Apple Music.

“Tempoh tiga bulan ada satu tempoh yang lama untuk tidak dapat bayaran, dan ia tidak adil untuk mereka bekerja tanpa mendapat ganjaran.

“Kami tidak meminta iPhone secara percuma, jadi jangan minta muzik kami tanpa ganjaran,” tulis Swift.

Beliau juga berkata bahawa ia belum terlambat untuk mengubah polisi berkenaan. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment