Monday, 8 June 2015

Bomba nafi anggota seret mayat di Gunung Kinabalu‎

Gambar yang diviralkan di laman sosial.

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan sekerasnya penyebaran sekeping gambar menunjukkan salah seorang anggotanya yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) menyeret mayat pendaki Gunung Kinabalu.

Perkara itu disahkan oleh JBPM melalui akaun Facebooknya hari ini sambil menegaskan ia tidak pernah berlaku seperti dalam gambar tersebut yang kini menjadi viral dalam laman sosial.

“Kami pasukan penyelamat di Malaysia sedang bertungkus-lumus dan bertarung nyawa untuk menyelesaikan amanat yang digalas oleh pihak kami.

“Tidak berlaku apa yang digambarkan itu, sebaliknya anggota penyelamat sedang menunggu rakan penyelamat lain untuk mengangkat bersama,” kata agensi kerajaan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu gambar tersebut menjadi viral apabila aksi seorang anggota penyelamat bomba yang dirakam dilihat seolah-olah menyeret seorang mayat pendaki Gunung Kinabalu ke sebuah helikopter dalam usaha menyelamat mangsa gempa bumi itu, kelmarin.

Gambar tersebut dipercayai disebarkan oleh sebuah blog beautyfulnaraa2u yang berkongsi pelbagai rakaman gambar termasuk mangsa gempa bumi di kaki Gunung Kinabalu dan pasukan penyelamat yang bertugas.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment