Monday, 8 June 2015

1MDB bayar balik pinjaman AS$975 juta


KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat bayaran penuh pinjaman berjumlah AS$975 juta (RM3.6 bilion) kepada satu sindiket bank-bank antarabangsa, selari dengan pelan rasionalisasi yang diluluskan oleh Kabinet.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden/Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, pembayaran semula itu membuktikan komitmen syarikat dalam mengurangkan paras hutangnya.

"Pada 29 Mei, Kementerian Kewangan mengumumkan rancangan 1MDB untuk membayar pinjaman berjumlah AS$975 juta kepada sindiket bank-bank antarabangsa berkenaan.

"Hari ini kami gembira untuk mengesahkan bahawa pinjaman itu sudah dibayar sepenuhnya," katanya. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment