Monday 8 June 2015

Lindungi telefon pintar daripada ancaman siber


Fortinet, penyedia khidmat penyelesai keselamatan siber baru-baru ini mengumumkan perkhidmatan langganan terbaharunya FortiGuard Mobile Security bagi membantu melindungi peranti mudah alih daripada ancaman siber.

Perkhidmatan baharu itu termasuk aplikasi kawalan mudah alih dan perlindungan malware mudah alih bagi sistem operasi Apple IOS dan Android.

Ia boleh dibeli secÏara pilihan atau sebahagian daripada langganan Perlindungan Perusahaan Dilindungi Sepenuhnya yang merangkumi semua perkhidmatan dalam pakej sedia ada FortiGuard UTM.

Perkhidmatan itu merangkumi aspek mengelak cubaan gangguan, anti-virus, kawalan aplikasi, tapisan web dan anti-spam serta perlindungan ancaman lanjut (ATP) berteraskan sistem pengkomputeran awan.

- Sumber:  BH Online 

No comments:

Post a Comment