Monday 8 June 2015

MetMalaysia nafi khabar angin Tsunami akan melanda Terengganu, Pahang, Sabah dalam masa 36 jam



MetMalaysia nafi khabar angin Tsunami akan melanda Sabah, Terengganu, Pahang dalam masa 36 jam.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa tsunami dan ribut kuat akan melanda beberapa tempat di Malaysia dalam masa 36 jam.

"Khabar angin mengenai kejadian tsunami dan ribut kuat yang akan melanda Sabah, Terengganu, dan Pahang seperti yang telah tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan dari MetMalaysia," tegas MetMalaysia dalam satu kenyataan media hari ini. 

Bagi mereka yang mahu membuat pengesahan maklumat, boleh merujuk laman sesawang MetMalaysia http://www.met.gov.my atau di laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline MetMalaysia di talian 1 300 22 1MET(1638). 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment