Sedutan video yang dimuatnaik ke laman YouTube.
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang anggota polis digantung tugas sementara siasatan dijalankan atas dakwaan dia mengacu pistol ke arah seorang remaja yang tidak bersenjata, 5 Jun lalu.
Menurut laporan Yahoo News, satu video juga dimuat naik ke laman video YouTube yang menunjukkan 'tindakan rakus' anggota polis berkenaan.
Melalui video tersebut, seorang anggota polis kelihatan mengacukan pistol ke arah seorang remaja, menjatuhkannya dan kemudian mengacukan senjata ke arah dua remaja yang lain.
Video tersebut yang dirakam oleh seorang orang awam kemudian dikesan oleh Balai Polis McKinney.
"Video tersebut menimbulkan persoalan dan kami akan menyiasat perkara ini," kata sebuah kenyataan dari McKinney.
Menurut pihak polis, satu 'kekacauan' dilaporkan berlaku pada jam 7.15 petang pada hari kejadian.
Laporan tersebut mendakwa beberapa remaja bergaduh di kawasan tersebut, sebuah kolam renang di Craig Ranch North Community Pool.
Menurut seorang saksi, 'kejadian' tersebut adalah satu acara untuk meraikan tamatnya sesi persekolahan.
"Saya fikir ada beberapa keluarga tidak senang dengan kehadiran golongan African-American yang hadir ke kawasan tersebut," kata saksi, seorang remaja berumur 15 tahun.
Kejadian tersebut yang pantas tersebar di laman sosial telah menarik kritikan terhadap pemikiran skeptikal terhadap warga komuniti itu.
"Berkulit hitam memang satu masalah," kata Justin, seorang remaja African-American.
- Sumber:
No comments:
Post a Comment