Tuesday 21 April 2015

Terlalu awal untuk kami bercinta - Kamal Adli


KUALA LUMPUR: Sejak hujung tahun lalu lagi sudah mula bertebaran kisah kononnya wujud cinta lokasi antara Kamal Adli dan Emma Maembong ketika mereka sama-sama membintangi drama Cinta Tanpa Syurga. 

Rentetan itu Kamal yang sudah putus cinta dengan Intan Ladyana dikaitkan pula sebagai orang ketiga yang menjadi punca kepada keretakan hubungan Emma dan Zizan.

Bagaimanapun ketika itu Kamal menyifatkan khabar angin beliau menjadi orang ketiga sebagai gosip paling comel buat penutup tahun 2014. 


Cuma saat ini ramai yang mula mengagak hubungan Emma dan Kamal lebih daripada kawan biasa. Gambar Emma membuat kejutan hari lahir Kamal ke-29 tahun baru-baru ini di laman Instagram seakan bukti yang mengukuhkan andaian mereka bercinta. 

"Kami hanya kawan. Masih di peringkat kawan. Dengan apa yang dilalui dan tanggapan orang, saya tak mahu dituduh cuba "sailang" hubungan mereka dan dengan situasi "hangat" masing masing. 

"Saya tak pernah wujud masa Emma dan Zizan bercinta. Masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius," kata Kamal yang kini sedang dalam penggambaran filem Isteri Untuk Dijual bergandingan dengan Nora Danish.

Mengenai kejutan hari lahir yang diatur Emma dan kawan-kawannya kepada Kamal, pelakon berkenaan melihat ia tak lebih daripada ingatan seorang teman. 

"Cuma saya dapat tahu teruk juga peminatnya hentam dan marah dia (Emma) apabila muat naik gambar kejutan hari lahir saya di laman Instagram. Saya kasihan pula dengan keadaan menimpanya itu. 

"Saya sampai suruh dia tak payah lagi muat naik gambar membabitkan saya. Hakikatnya dia hanya nak ucapkan selamat hari lahir kepada saya. Mujur pula peminat saya sebaliknya. 

"Dalam situasi ini saya pun hairan kenapa dia dibenci dan dimarahi peminat. Ruang harus diberi untuk mana-mana artis pun jika jodoh mereka dengan sesiapapun tak berpanjangan, ..andai soal Emma dan cinta lamanya masih berbangkit," kata Kamal. 

Terlanjur menghubungi Kamal, dia turut ditanya mengenai cerita yang timbul apabila lewat datang ke lokasi penggambaran sebuah program yang disiarkan menerusi sisipan b*pop ahad lalu. 

Kamal mengakui agak kecewa apabila keluar cerita berkenaan sedangkan situasi yang sebenar adalah sebaliknya. 

"Saya harus betulkan keadaan. Sehari sebelum rakaman program itu saya sebenarnya sudah batalkan pembabitan kerana terikat dengan penggambaran filem Isteriku Untuk Dijual di Putrajaya.

"Tapi atas dasar kawan, saya datang juga ke rakaman itu di Shah Alam. Saya hanya diberi pelepasan waktu rehat tengah hari saja. Saya lambat sejam kerana bergegas ke sana dari penggambaran.

"Malah ketika sampai ke set program itu, rakaman masih belum bermula. Saya hanya diberi pelepasan sejam setengah dan perlu berada kembali di lokasi penggambaran jam 3 petang. Tapi rakaman berakhir jam 4 petang," katanya. 

Mengikut Kamal lagi, dia tidak tahu rakaman program itu akan membabitkan peruntukan waktu untuk artis lain hingga memberi kesan anjakan masa. 

"Saya minta maaf kerana datang lambat dan tak berniat mahu menyusahkan sesiapa kerana sedari awal saya sudah maklumkan ada komitmen filem," katanya. 

EMMA Maembong turut menyambut ulangtahun kelahiran Kamal Adli. - Foto ihsan Instagram Emma Maembong

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment