Tuesday 21 April 2015

10 lelaki serang empat beranak

Gambar Hiasan

KUANTAN - Empat beranak cedera, dua daripada mereka parah selepas diserang lebih 10 lelaki bersenjata tajam di rumah mereka di Kampung Baru Seri Pandan dekat Panching di sini, semalam.

Menurut isteri seorang daripada mangsa yang ditetak dan hanya mahu dikenali sebagai Ana, 30, turut dicederakan ialah bapa mentuanya, 50-an dan dua adik iparnya berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang dan kami sendiri tidak tahu kenapa ahli keluarga diserang tetapi percaya penyerang terbabit dari kampung berhampiran," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kesemua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.‎

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis telah menahan beberapa suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut sejurus menerima maklumat.

Katanya, motif serangan sedang disiasat dan meminta sesiapa yang menyaksikan kejadian agar tampil ke IPD Kuantan bagi membantu siasatan. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment