Tuesday 21 April 2015

Kritik PM: Makin ramai sokong Tun Mahathir

Husam Musa

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi hisbah tertinggi negara bagi memantau pentadbiran kerajaan.

Menurut Husam, tiada salahnya Dr Mahathir diberi kepercayaan tersebut kerana diketahui umum bahawa bekas Perdana Menteri itu berani menegur ‘kemungkaran’ pentadbir negara.

“Kunci isu 1MDB adalah salah guna kuasa yang menghasilkan hutang besar yang akan ditanggung oleh negara dengan melepaskan individu terbabit.

“Ini bukan isu pertama seumpamanya bagi negara kita. PKFZ, Perwaja, BMF dan lainnya telah berlaku dan merosakkan sejumlah besar kekayaan negara. Jika kita izinkan ia berlalu tanpa ditegur, satu demi satu penyelewengan sepertinya akan berulang dan berulang.

“Bukankah itu satu kemungkaran? Atas dasar itu, kenapa tidak kita membantu Tun M dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Husam berkata, dalam isu ini Dr Mahathir kena setapak ke depan, menggagaskan satu mekanisme agar kesilapan seperti ini boleh dihentikan walaupun dilakukan oleh sesiapa sahaja.

“Ia termasuk Pas, DAP atau PKR jika mereka satu hari nanti berkuasa. Tanpa mekanisme itu, penyalahgunaan kuasa boleh berulang dan rakyat biasa ibarat seperti anjing menyalak bukit ketika cuba memperbetulkannya.

“Satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara? Tun M sebagai pengerusi pertama? Saya sedia menyokongnya,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment