- Foto Sinar Harian
KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak salah dituduh mengugut bunuh kakak iparnya ketika dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Cik Mohd Yusnaidi Che Noor, 30, didakwa mengugut dengan mengangkat sebilah golok hendak mendatangkan kecederaan terhadap Noraini Ismail, 33, di sebuah rumah di alamat Kampung Demit Sungai, Kubang Kerian, di sini, pada jam 8 malam, 2 Mac lalu.
Dalam kejadian itu, tertuduh sambil memegang golok tersebut dan berkata kepada mangsa, “mu duk diam deh, kalu tidak aku sembelih tekokmu”.
Tuduhan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam tuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan memecahkan pintu dalam kejadian sama.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 31 Mac ini. Sementara itu, tertuduh dibenarkan bebas dengan jaminan sebanyak RM5,000 bersyarat iaitu tidak mengganggu mangsa.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi tertuduh, Afzanizan Muhamad Idi, 31, juga menafikan tuduhan ugut ibunya, Mek Mas Daud, 66, dengan membaling botol kaca serta mahu membakar rumah di Kampung Padang Merbau, Peringat, Melor, di sini, pada jam 7.30 petang, 2 Mac lalu.
Tertuduh ini bagaimanapun tidak dibenarkan jamin dan kesnya akan disebut semula pada 13 April depan.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment