Monday 9 March 2015

Bayi selamat selepas 14 jam kereta terjun sungai

Keadaan kereta yang terlibat kemalangan.


UTAH - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi perempuan dijumpai masih hidup dalam sebuah kereta yang terbalik di dalam sebuah sungai, semalam.

Ibu kepada bayi berkenaan, Lynn Groesbeck, 25, dijumpai maut di tempat duduk pemandu.

Menurut laporan BBC, bayi berusia 18 bulan berkenaan dijumpai dalam keadaan kritikal namun dilaporkan stabil selepas diberi rawatan.

Siasatan mendapati kereta dipandu Groesback merempuh pembahagi jalan dan terbabas ke dalam sungai Spanish Fork dan dijumpai orang awam 14 jam kemudian.

Polis masih menyiasat punca kejadian.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment