KAMARIAH : Mahu buat kerja pun tidak boleh, teringat, bercakap seorang sambil pandang ke langit 'Ya Allah manalah kau nak?
KUALA LUMPUR: Belum cukup menanggung penderitaan menunggu khabar berita untuk anaknya pulang, ibu kepada mangsa insiden kehilangan pesawat MH370, Kamariah Sharip, 55 terpaksa pula 'berlawan' dengan tekanan masyarakat yang membuat pelbagai andaian mengenai anaknya, Mohd Razahan Zamani.
"Kadang-kadang makcik tepaksa bergaduh dengan kawan makcik. Dia kata seronoklah makcik dapat duit (pampasan) yang banyak.
"Ya Allah Ya Tuhahku. Kau jaga mulut kau sikit makcik cakap dekat dia. Bagi makcik, yang penting anak makcik balik. Itu yang paling makcik marah. Memang makcik marah sangat.
"Kita ni dalam otak tengah fikir anak sahaja. Apa jadi kepada mereka, apa yang mereka lakukan sekarang. Mahu buat kerja pun tidak boleh, teringat. Kadang-kadang sampai bercakap seorang diri sambil pandang ke langit, Ya Allah manalah kau nak?
Kamariah bagaimanapun bersyukur kerana dia masih dikelilingi dengan sahabat dan sanak saudara lain yang tidak putus memberi sokongan kepadanya.
"Masa pertama kali mendapat berita itu, makcik dapat tahu daripada besan. Makcik sebelum itu menghantar anak makcik ke sekolah, dia ada sukan. Waktu tu makcik cakap kat anak makcik tu, mungkin 'Abang dah sampai ni dah pukul 10 pagi. Tengah hari kemudian besan sampai beritahu anak kami hilang.
"Masa tu rasa seperti tidak boleh berfikir apa-apa. Makcik tertanya hilang apa? Anak kita tu. Selepas tu besan makcik menggelupur dan makcik mula menangis. Dengan...tak boleh cakaplah masa tu. Masa itu makcik kat rumah. Ada seorang kawan Penjabi ketika itu menenangkan makcik. Dia kata ‘sabar, sabar kak’," tambah Kamariah ketika ditemui wartawan pada majlis 'Hari Memperingati MH370' di The Square, Publika, Jalan Dutamas Kuala Lumpur.
Kehilangan anaknya pada 8 Mac tahun lalu itu memang sebuah memori yang pahit bagi Kamariah apabila ia serentak dengan pemergian ibunya.
"Dah lah anak hilang, mak pula pergi (meninggal dunia). Makcik dah menggelupur dah dengan tak makan tak minum sebab terkejut. Sebab kita jangka dia (Razahan) sudah sampai (di Beijing).
"Waktu itu juga ramai orang buat andaian sampai pening kepala makcik. Banyak andai-andaian mereka ini. Ianya sudah menjadi seperti bola. Tendang sana, tendang sini. Jadi gila siapa? Keluargalah jadi gila.
"Mereka cakap anak makcik ini sudah dibunuhlah, kapal terbang sudah kena potonglah. Ya Allah, otak makcik. Kalau adik (aju kepada wartawan) boleh terimakah bila orang cakap macam ni? Keluarga jadi mangsa dalam keadaan begini.
Untuk mengharungi pelbagai cabaran dan tekanan ini Kamariah berkata kekuatannya adalah daripada keyakinannya kepada perancangan Tuhan.
"Makcik banyak berdoa kepada Allah. Sebab kita apa-apa kita berserah kepada Allah. Allah yang Maha Adil. Makcik yakin kita sebagai orang Islam, kita kena yakin dengan Allah. Dia nampak semua ini.
"Walaupun macam-macam orang cakap, andaian itu, andaian ini. Makcik tetap sabar, makcik terima apa segala dugaan pun," ujar Kamariah.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment