Monday 9 March 2015

Harun Salim Bachik selamat disemadikan

Ahli keluarga dan kenalan ketika di tanah perkuburan hari ini.

JENAZAH Allahyarham pelawak Harun Salim Bachik selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ar Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sebelum itu, jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Surau Al-Mutmainnah, Taman Pandan Perdana, Kuala Lumpur .

Semalam Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas terjatuh ketika ke tandas di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol, Perak arah selatan.

Ketika itu, arwah bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas dalam perjalanan dari Pulau Pinang.

Antara kenalan artis yang memberikan penghormatan terakhir adalah Awie, Zed Zaidi, Afdlin Shauki, Abon, Imuda, Noorkhiriah, Azza Elite dan Den Wahab.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment